19 September 2012
Atas sebab-sebab teknikal baru-baru ini pihak AJK telah melantik
kontraktor baru untuk meneruskan kerja pembersihan tapak tanah ini yang
telah tertangguh beberapa hari. Semoga selepas ini tiada lagi
penangguhan kerja. Insyaallah Amin..
Hari ini pegawai JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Taiping telah datang untuk melihat keadaan sungai yang dicadangkan untuk dikeluarkan pasir dari dalamnya. Allhamdulilah pada dasarnya pegawai tersebut bersetuju dan memberi 'green light' kepada MTMI untuk menjalankan operasi pengeluaran pasir dari sungai Pulau ini.
MasyaAllah hendak memudahkan urusan agamaNya. Pasir yang dikumpulkan akan digunakan khusus untuk sebarang pembinaan bangunan MTMI di sini kelak. Ini sudah tentu dapat menjimatkan wang yang banyak. Rezeki kurniaan Allah Maha Pemberi Rezeki.
Pihak MTMI akan berpakat dengan seorang kontraktor pasir yang berpengalaman untuk menjalankan operasi pengeluaran pasir ini. Pakatan ini lebih kepada perkongsian bijak 'win-win situation, sama-sama bekerjasama untuk manfaat pembangunan MTMI.. Manfaat dari sisi Allah swt juga kekal abadi...
|
Ini hasil pasir yang dikorek dari dalam sungai. |
20 September 2012
Satu papan tanda telah didirikan berhampiran pintu masuk. Papan tanda ini sebagai pemberitahuan tentang salah satu aktiviti yang akan dijalankan oleh MTMI di sini. Kawasan di bahagian belakang papan tanda ini akan dibangunkan
sebahagiannya sebagai tapak semaian pokok gaharu dan berbagai tanaman
lain.
Dicadangkan juga sebuah makmal tisu kultur akan dibina di kawasan ini. Perkara ini masih dalam perbincangan dengan seorang individu yang sudah memiliki kepakaran dan makmal tisu kultur di Kuala Lumpur. Beliau telah menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi sumbangan dari segi kepakaran teknikal dalam bidang ini. Menurut beliau, inilah sumbangan yang beliau mampu berikan untuk kepentingan Agama dan Umatnya. Kesungguhan anak muda ini kita tabik 'spring..' Perkembangan perkara ini akan diberitahu dari semasa ke semasa.
Pada hari ini juga sebuah traktor telah dibawa masuk oleh kontraktor untuk menjalankan aktiviti meratakan tanah di tapak ini. Traktor ini sedang meratakan jalan masuk di dalam tanah ini dan menambaknya dengan pasir sungai yang telah dikumpulkan sebelum ini. InsyaAllah lepas ini semua jenis kenderaan boleh masuk hingga ke sempadan belakang tepi sungai.
Traktor sedang meratakan tanah yang telah diletakkan pasir atasnya untuk membina jalan masuk.
24 September 2012
Kerja-kerja
pembersihan masih lagi diteruskan.
Sudah
masuk hari ke12 kerja pembersihan dijalankan di tapak ini. Tidak dapat
dipastikan bila ia akan selesai sebab mengikut pandangan ini, baru
kira-kira 60 peratus sudah siap. Belum lagi
kerja membersihkan sampah yang telah dikumpul dan lopak yang perlu diratakan
lagi. Banyak kerja lagi…maknanya banyak lagi belanja nak kena keluar ni.
Aduh….InsyaAllah akan ada jalan keluar.
Traktor
menyambungkan kerja menambak jalan masuk dengan pasir. Jalan masuk masih lagi
belum sesuai untuk kereta kecuali jenis 4x4. Yang pakai Storm ke..Pajero ke no
problem. Tapi kalau setakat proton atau kancil, atau jenis tayar 15” dan yang sewaktu dengannya, baik parkir
di tepi jalan aje le. Selamat…
Mesin
excavator sedang membersihkan sampah sarap dan menambaknya ke tepi tebing sungai .
Dengan ini proses pembakaran tidak perlu dilakukan. Help the environment..go
green. Kena pula sekarang ni musim hujan makin dekat. Setiap petang hujan lebat
turun di Batu Kurau ni. Kayu api basah susah le api nak hidup.Teringat lagu
Bangau oh Bangau…
Sambil
mengumpul sampah ni, excavator ini menutup sekali lubang –lubang besar dan lopak yang
ada. Buat 2 kerja skaligus sebelum meratakannya menggunakan Traktor.Bijak-bijak... Kerja ini mungkin agak lambat tapi lebih efektif berbanding perlu menunggu sampah kering untuk dibakar.