Ujian dalam Perjuangan

3 Disember 2012

Dalam setiap perjuangan akan ada ujian dari Tuhan yang Maha Mengetahui. Pada malam 3 Disember tadi hujan lebat telah turun di sekitar pekan Batu Kurau. Hujan rahmat. dari yang Maha Rahmat. Pada waktu paginya akibat dari hujan lebat itu air dari sungai Pulau yang merentasi sempadan belakang tapak tanah ini telah melimpah keluar membanjiri hampir keseluruhan tanah sehingga ke tepi jalan utama Taiping - Batu Kurau.

Namun setiap perkara yang berlaku itu bukan lah sia-sia. Pasti ada hikmah dan pengajaran yang bermakna kepada hamba-hambaNya yang diberi kesempatan untk mengerti.

Apa-apa pun kawasan tanah ini perlu ditambak tinggi terlebih dahulu sebelum mendirikan sebarang bangunan.


Kelihatan beberapa anak murid Mudir Ustaz Tajuddin  sedang meninjau keadaan banjir di tapak tanah.










 Air membanjiri hampir keseluruhan tanah sehingga ke tepi jalan utama Taiping - Batu Kurau.

 Anak murid sedang menongkah banjir. Hati hati adik jangan sampai termasuk dalam lubang..

Ini di sempadan belakang tanah ditepi sungai Pulau

 Inilah limpahan air dari sungai Pulau. Cuba bandingkan dengan keadaannya sebelum banjir.








No comments:

Post a Comment