Gelung parit di muka pintu masuk
sedang dibina dan dikukuhkan tebingnya dengan bancuhan konkrit simen. Gelung
ini telah di buat ‘telinga’ di kedua-dua belah hujungnya. Lepas ini nak selekoh masuk nanti tak le
gayat, takut-takut silap masuk dalam parit pula.
Ini sebelah hujung gelung yang telah siap. Kelihatan tukang besi ( baju hitam) sedang meninjau keadaan pintu masuk. Beliau akan membuat palang besi sebagai keselamatan untuk menghalang sebarang pencerobohan ke dalam tapak samada lembu, kerbau ataupun manusia yang seotak dengannya. Allah swt jua sebaik-baik Penjaga.
Inilah keadaan terkini jalan masuk yang telah ditambak
dengan pasir sungai. Dah semakin cantik keadaannya berbanding sebelum ini. Namun ini belum sesuai untuk kereta masuk, sebab masih
lagi lembut dek hujan lebat yang kerap turun. Nak kena tambak lagi banyak
pasir. Nasib baik le pasir free..kalu kena beli, parah le kocek. Tapi jangan le
mike lupa pulak.. traktor tu idak le free pulak. Kena bayor yobb… Hujan lebat
yang kerap turun pada waktu tengah hari kebelakangan ini telah melambatkan tempoh siapnya. Hujan turun bersama RahmatNya. Insya Allah
3 Oktober 2012
Inilah keadaan sebahagian tapak
tanah yang telah dibersihkan. Sejuk skit mata yang memandangnya. Sampah sarap
telah menimbun sebelum ini telah dikumpulkan dan ditimbunkan di tebing sungai dan ditambak dengan tanah yang dikorek
dari dasar sungai oleh excavator.
Mesin excavator sedang mengorek
tanah dari dasar sungai dan menambakkannya ke tebing sungai manakala traktor
meratakannya dengan pasir. Ini sekaligus
meluaskan tapak tanah ini dan meluruskan sungai yang menjadi sempadan belakang.
Ada dengar cerita…cer citer.. cer citer ..pihak MTMI bercadang untuk membina
beberapa chalet di atas tebing ini. Woww... ada konsep bersantai sambil mencari ilmu. Bukak Kitab sambil
memancing…menarik ni. Cerita pasal bab ini akan dikorek lagi untuk
dipastikan kesahihannya. Kita tungguuu…
6 Oktober 2012
Kedua-dua 'telinga' di gelung di pintu masuk telah siap disimen. Hujan lebat yang telah turun setiap hari telah melambatkan tempoh siap kerja ini. Namun Alhamdulillah akhirnya telah siap juga. Upah kuli juga telah habis dibayar.
Sebelah dalam gelung ini belum ditambak dengan tanah lagi. Kerja ini perlu dilakukan dengan segera sebab palang besi akan dipasang hingga di hujung tepi gelung.
Inilah keadaan terkini tebing sungai Pulau di sempadan belakang tanah yang telah ditambak dengan pasir sungai serta sampah sarap yang elh dikumpul sebelum ini.

good job
ReplyDeletethanks..still much work to be done..
ReplyDeleteGreat and that i have a super offer you: How Much Is A Complete House Renovation old house renovation ideas
ReplyDelete