Latar Belakang
Madrasah ini pada asasnya telah ditubuhkan pada 1946. Kira kira lima
tahun yang lalu ia telah ditukar nama kepada Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi
(MTMI) sesuai dengan perubahan dan perkembangan
peranannya dalam mengembangkan ilmu Islam kepada masyarakat Islam
setempat. Terletak di tengah –tengah
pekan kecil Batu Kurau, Perak kira-kira 10 km di utara Taiping, MTMI ini berfungsi sebagai Pusat Pengajian Islam untuk mendidik dan membimbing masyarakat Islam di semua peringkat umur dan
latar belakang pendidikan pada kadar nisbah kebolehan dan kemampuan pelajar itu
sendiri. Dalam erti kata mudah semua golongan boleh belajar di sini tanpa
halangan daripada golongan yang tiada latar belakang pengajian agama @ jahil
agama sehingga lah pada peringkat Phd
bidang agama ataupun bukan.. Apa yang penting adalah memiliki keinginan dan
kehendak untuk belajar Agama Islam. Mudah saja syarat kemasukannya.
Mudir MTMI ini ialah Yg. Bhg Tuan
Guru Ustaz Tajuddin b. Jali.
Tuan Guru Ustaz Tajuddin b. Jali |
Ketika ini MTMI menyediakan enam (6) sistem pengajian ;
Tahfiz Al- Quran
Kepada pelajar yang tidak layak ke SMA atau Tahfiz kerana buta
Al-Quranb dan jawi. (Tiada bantuan kerajaan.)
Integrasi Pengajian Islam dan Kemahiran.
Terutama kepada pelajar yang tercicir dari
pendidikan formal. Mereka akan diberi pengajaran kemahiran teknikal yang
‘marketable’ beserta ilmu fardhu ain dan kifayah. (Tanpa bantuan kerajaan.)
Pondok Warga Emas
Ketika ini dibuka hanya untuk Muslimat.
(Tanpa bantuan kerajaan)
Pengajian Kitab Terbuka.
Untuk semua peringkat.
Maktab Kepimpinan Imam dan Khatib
Khusus meyediakan para bakal imam dan
khatib dalam pengurusan dan kepimpinan masjid-masjid di bandar dan kampong.
(Tanpa bantuan kerajaan)
Visi dan Idea
Apa yang menarik tentang MTMI ini ialah peranan dan
fungsinya yang saya rasa hebat dan belum pernah dilakukan oleh mana mana pusat
pengajian Islam. MTMI bersama sokongan masyarakat Islam setempat telah sepakat untuk menaiktarafkan madrasah
ini ke tahap sebuah universiti berteraskan Syariat Islam
Madinatul ilmi itu sendiri
bermakna bandar ilmu. Visi dan idea masyarakat Islam Batu Kurau ni untuk
menukarkan dan menaik taraf pekan kecil Batu Kurau menjadi
sebuah bandar ilmu memang mengkagumkan dan patut disokong oleh semua masyarakt
Islam. MTMI ini bakal menyediakan
peluang pengajian Islam dan juga Kemahiran kepada semua golongan masyarakat.
Bahkan MTMI ini juga bakal menyediakan sijil kelulusan dari peringkat Sijil,
Diploma, Ijazah, Sarjana hingga ke Phd. Hebat bukan??.
Bimbang sijil tak laku?? Jangan Takut. MTMI ini akan
berdaftar dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar
lulusan MTMI ini layak untuk berkhidmat untuk semua sektor pekerjaan.
Pendek kata, Insyaallah kelak melalui MTMI ini semua tahap
golongan masyarakat Islam berpeluang mendalami ilmu Islam disamping memiliki
kemahiran..unuk kebaikan duni awi dan ukhrawi.
Inilah visi dan hasrat mulia masyarakat
Islam di Batu Kurau ini. Meskipun
kebanyakannya hanya terdiri daripada golongan petani serta berpendidikan rendah
dan sederhana namun ketinggian iltizam dan semangat mereka untuk melihat kemajuan masyarakat
Islam di sini dari segi duniawi dan ukhrawi harus disokong serta dicontohi.
Semoga segala usaha mereka ini akan dipermudahkan dan dipandang Allah swt.
Amin.
No comments:
Post a Comment