Alhamdulillah, Allah swt telah memudahkan hasrat mulia masyarakat Islam Batu Kurau ini. Baru baru AJK MTMI telah berjaya membeli sebidang tanah untuk dijadikan cadangan tapak kampus induk Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi ini. Tanah ini seluas kira kira 5 ekar terletak di tepi jalan di batu 14 Batu Kurau, Perak. Lokasi tapak ini sangat strategik dengan segala akses kemudahan utiliti dan logistic.
31 Ogos 2012
Pada 31 Ogos 2012 mesin excavator telah disewa dan dibawa ke tapak tanah tersebut.1 September 2012
Pada pagi hari tanggal 1 September 2012 sebelum mulanya proses pembersihan tapak oleh mesin excavator, Tuan Guru bersama beberapa anak murid tahfiz beliau telah mengadakan Solat Hajat di tapak tanah tersebut sebagai memohon rahmat dan pertolongan daripada Yang Maha Rahmat Allah swt.Tuan Guru memberi sedikit taklimat sebelum Solat Hajat
Khusyuk memohon doa restu Allah swt.
Kerja Pembersihan tanah bermula.
2 September 2012
Kerja kerja pembersihan tanah diteruskan.3 September 2012
Kerja kerja meletak gelung parit untuk dijadikan pintu masuk utama dijalankan. Dimulakan dengan menurunkan gelung dari lori menggunakan excavator.
Inilah Keadaan Pintu Masuk yg Siap Pada 4 September |
4 September 2012
Pada hari ini kerja pembersihan tanah telah separuh selesai dan masih ada separuh lagi keluasan tanah yang belum dibersihkan. Sampah sarap telah dihimpun untuk dibakar pada kemudian hari. Hari ini juga mesin excavator telah membuat jalan di atas tanah itu dari pintu masuk terus hingga ke sempadan belakang di tepi sungai.
Berilah Sumbangan untuk Jihad Fisabillah |
Jalan tanah ini menjadi lembik sebab hujan telah turun lebat malam tadi.
Jalan ini dicadangkan akan ditambak dengan batu dan pasir selepas ini.
Kain rentang banner telah digantung sebagai promosi dan iklan. Lepas
ini nak pasang papan tanda pula. Belum siap lagi. Mesti gempak dan
terbeliak le orang Batu Kurau nanti...tungguuuu.
Ada berani tidur di sini malam ni..? |
Sebuah dangau sementara dan ringkas telah dibina oleh pelajar Tahfiz betul betul di tepi sungai. Dangau ini untuk tempat solat dan istirehat kepada para pengunjung. Nampak dhaif...namun tempat di mana solat didirikan itu lebih bernilai dari dunia dan seisinya.InsyaAllah.
5 September 2012
Di sempadan belakang tanah ini Allah swt anugerahkan terdapat sebuah sungai yang agak jernih..best mandi ni. Dengan adanya sumber air ini memungkinkan kepelbagaian aktiviti boleh dijalankan di tapak ini, terutamanya projek penanaman dan pertanian.
Sungai ini mengandungi banyak juga pasir sungai dalamnya. Pihak AJK telah arahkan untuk ambil pasir ini untuk di guna untuk kegunaan sendiri seperti buat pagar batu dan apa-apa bangunan yang akan didirkan selepas ini. Mesin excavator digunakan untuk mengorek dan mengumpulkan pasir dari dasar sungai.
Pasir sungai yang telah di korek himpun oleh excavator |
Hari ni juga sebahagian pelajar tahfiz ( rajin dia orang ni ) pergi mengambil poly paip hitam serta alatan sprinkler terpakai yang telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah untuk di bawa dan kegunaan di tapak tanah baru ini.
Rajin Adik Rajin... |
Boleh buat menantu ni... sejuk perut ibu mengandung |
6 September 2012
Mesin Excavator meneruskan kerja-kerja pembersihan separuh lagi tapak tanah tersebut. Kawasan ini di penuhi dengan pokok buah-buahan yang tidak terjaga. (biasa le kebun orang kita..emm). Sampah sarap di bahagian ini tentu menimbun lagi banyak.8 September 2012
Kerja kerja pembersihan tapak tanah diteruskan untuk hari ke lapan. Kelihatan beberapa pokok rambutan yang telah dibersihkan di bawahnya. Bandingkan dengan keadaannya sebelum pada gambar di atas. Pokok-pokok ini bagaimanapun akan dibuang untuk pastikan tapak ini dibangunkan dengan sebaiknya.
Buah tengah berputik...emm tak sempat merasa le.. |
No comments:
Post a Comment