Perjuangan Diteruskan....

19  September 2012

 Atas sebab-sebab teknikal baru-baru ini pihak AJK telah melantik kontraktor baru untuk meneruskan kerja pembersihan tapak tanah ini yang telah tertangguh beberapa hari. Semoga selepas ini  tiada lagi penangguhan kerja. Insyaallah Amin..


 Hari ini pegawai JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Taiping telah datang untuk melihat keadaan sungai  yang dicadangkan untuk dikeluarkan pasir dari dalamnya. Allhamdulilah  pada dasarnya pegawai tersebut bersetuju dan memberi 'green light' kepada MTMI untuk menjalankan operasi pengeluaran pasir dari sungai Pulau ini.

MasyaAllah hendak memudahkan urusan agamaNya. Pasir yang dikumpulkan akan digunakan khusus untuk sebarang pembinaan bangunan MTMI  di sini kelak. Ini sudah tentu dapat  menjimatkan wang yang banyak. Rezeki kurniaan Allah Maha Pemberi Rezeki.






Pihak MTMI akan berpakat dengan seorang kontraktor pasir yang berpengalaman untuk menjalankan operasi pengeluaran pasir ini. Pakatan ini lebih kepada perkongsian bijak 'win-win  situation, sama-sama bekerjasama untuk  manfaat pembangunan MTMI..  Manfaat dari sisi Allah swt juga kekal abadi...


Ini hasil pasir yang dikorek dari dalam sungai.



20 September 2012


 Satu papan tanda telah didirikan berhampiran pintu masuk. Papan tanda ini sebagai pemberitahuan  tentang salah satu aktiviti yang akan dijalankan oleh MTMI di sini. Kawasan di bahagian belakang  papan tanda ini akan dibangunkan sebahagiannya sebagai tapak semaian pokok gaharu dan berbagai tanaman lain.
 Dicadangkan juga sebuah makmal tisu kultur akan dibina di kawasan ini. Perkara ini masih dalam perbincangan dengan seorang individu yang sudah memiliki kepakaran dan makmal tisu kultur di Kuala Lumpur. Beliau telah menunjukkan minat yang tinggi untuk memberi sumbangan dari segi kepakaran teknikal dalam bidang ini. Menurut beliau,  inilah sumbangan yang beliau mampu berikan untuk kepentingan Agama dan Umatnya. Kesungguhan anak muda ini kita tabik 'spring..'  Perkembangan perkara ini akan diberitahu dari semasa ke semasa.




Pada hari ini juga sebuah traktor telah dibawa masuk oleh kontraktor untuk menjalankan aktiviti meratakan tanah di tapak ini. Traktor ini sedang meratakan jalan masuk di dalam tanah ini dan menambaknya dengan pasir sungai yang telah dikumpulkan sebelum ini. InsyaAllah lepas ini semua jenis kenderaan boleh masuk hingga ke sempadan belakang tepi sungai.






 Traktor sedang meratakan tanah yang telah diletakkan pasir atasnya untuk membina jalan masuk.




24 September 2012

Kerja-kerja pembersihan masih lagi diteruskan.  Sudah masuk hari ke12 kerja pembersihan dijalankan di tapak ini. Tidak dapat dipastikan bila ia akan selesai sebab mengikut pandangan ini, baru  kira-kira 60 peratus sudah siap. Belum lagi kerja membersihkan sampah yang telah dikumpul dan lopak yang perlu diratakan lagi. Banyak kerja lagi…maknanya banyak lagi belanja nak kena keluar ni. Aduh….InsyaAllah akan ada jalan keluar.


 Traktor menyambungkan kerja menambak jalan masuk dengan pasir. Jalan masuk masih lagi belum sesuai untuk kereta kecuali jenis 4x4. Yang pakai Storm ke..Pajero ke no problem. Tapi kalau setakat proton atau kancil, atau jenis tayar 15” dan yang sewaktu dengannya, baik parkir di tepi jalan aje le. Selamat…






Mesin excavator sedang membersihkan sampah sarap dan menambaknya ke tepi tebing sungai . Dengan ini proses pembakaran tidak perlu dilakukan. Help the environment..go green. Kena pula sekarang ni musim hujan makin dekat. Setiap petang hujan lebat turun di Batu Kurau ni. Kayu api basah susah le api nak hidup.Teringat lagu Bangau oh Bangau…

Sambil mengumpul sampah ni, excavator ini menutup sekali lubang –lubang besar dan lopak yang ada. Buat 2 kerja skaligus sebelum meratakannya menggunakan Traktor.Bijak-bijak... Kerja ini mungkin agak lambat tapi lebih efektif berbanding perlu menunggu sampah kering untuk dibakar.




Bermulanya Sebuah Perjuangan


Alhamdulillah, Allah swt telah memudahkan hasrat mulia masyarakat Islam Batu Kurau  ini. Baru baru AJK MTMI  telah berjaya membeli sebidang tanah untuk dijadikan cadangan tapak kampus induk Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi ini. Tanah ini seluas kira kira 5 ekar terletak di tepi jalan di batu 14 Batu Kurau, Perak. Lokasi tapak ini sangat strategik dengan segala akses kemudahan utiliti dan logistic.


31 Ogos 2012

Pada 31 Ogos 2012 mesin excavator telah disewa dan dibawa ke tapak tanah tersebut.




1 September 2012

Pada pagi hari tanggal 1 September 2012 sebelum mulanya proses pembersihan tapak oleh mesin excavator, Tuan Guru bersama beberapa anak murid tahfiz beliau telah mengadakan Solat Hajat di tapak tanah tersebut sebagai memohon rahmat dan pertolongan daripada Yang Maha Rahmat Allah swt.

Tuan Guru memberi sedikit taklimat sebelum Solat Hajat



Khusyuk memohon  doa restu Allah swt.




Kerja Pembersihan tanah bermula.



2 September 2012

Kerja kerja pembersihan tanah diteruskan.







3 September 2012


Kerja kerja meletak gelung parit untuk dijadikan pintu masuk utama dijalankan. Dimulakan dengan menurunkan gelung dari lori menggunakan excavator.








 Kerja-kerja menggali parit untuk meletakkan gelung di pintu masuk giat dijalankan selepas itu.




Inilah Keadaan Pintu Masuk  yg Siap Pada 4 September

4 September 2012

Pada hari ini kerja pembersihan tanah telah separuh selesai dan masih ada separuh lagi keluasan tanah yang belum dibersihkan. Sampah sarap telah dihimpun untuk dibakar pada kemudian hari. Hari ini juga mesin excavator telah membuat jalan di atas tanah itu dari pintu masuk terus hingga ke sempadan belakang di tepi sungai.




Berilah Sumbangan untuk Jihad Fisabillah

 Jalan tanah ini menjadi lembik sebab hujan telah turun lebat malam tadi. Jalan ini dicadangkan akan ditambak dengan batu dan pasir selepas ini.










Kain rentang banner telah digantung sebagai promosi dan iklan. Lepas ini nak pasang papan tanda pula. Belum siap lagi. Mesti gempak dan terbeliak le orang Batu Kurau nanti...tungguuuu.

Ada berani tidur di sini malam ni..?

 

  

 

Sebuah dangau sementara dan ringkas telah dibina oleh pelajar Tahfiz betul betul di tepi sungai. Dangau ini untuk tempat solat dan istirehat kepada para pengunjung. Nampak dhaif...namun tempat di mana solat didirikan itu lebih bernilai dari dunia dan seisinya.InsyaAllah.

 

 

 

Latar Belakang

Latar Belakang


Madrasah ini pada asasnya  telah ditubuhkan pada 1946. Kira kira lima tahun yang lalu ia telah ditukar nama kepada Madrasah Tarbiah Madinatul Ilmi (MTMI) sesuai dengan perubahan dan perkembangan  peranannya dalam mengembangkan ilmu Islam kepada masyarakat Islam setempat. Terletak di tengah –tengah  pekan kecil Batu Kurau, Perak kira-kira 10 km di utara Taiping, MTMI  ini berfungsi sebagai Pusat Pengajian  Islam untuk mendidik dan membimbing  masyarakat Islam di semua peringkat umur dan latar belakang pendidikan pada kadar nisbah kebolehan dan kemampuan pelajar itu sendiri. Dalam erti kata mudah semua golongan boleh belajar di sini tanpa halangan daripada golongan yang tiada latar belakang pengajian agama @ jahil agama sehingga lah pada  peringkat Phd bidang agama ataupun bukan.. Apa yang penting adalah memiliki keinginan dan kehendak untuk belajar Agama Islam. Mudah saja syarat kemasukannya.


Mudir MTMI ini ialah Yg. Bhg Tuan Guru Ustaz Tajuddin b. Jali.

Tuan Guru Ustaz Tajuddin b. Jali
Ketika ini MTMI menyediakan enam (6) sistem pengajian ;

Tahfiz Al- Quran
Tanpa bantuan kerajaan.

Pelajar Tahfiz sedang Solat


Sedang menghafaz Al Quran

Asrama Penginapan Pelajar Tahfiz yg amat Dhaif



 Pengajian Persediaan
Kepada pelajar yang  tidak layak ke SMA atau Tahfiz kerana buta Al-Quranb dan jawi. (Tiada bantuan kerajaan.)

Integrasi Pengajian Islam dan Kemahiran.
Terutama kepada pelajar yang tercicir dari pendidikan formal. Mereka akan diberi pengajaran kemahiran teknikal yang ‘marketable’ beserta ilmu fardhu ain dan kifayah. (Tanpa bantuan kerajaan.)

 Pondok Warga Emas
Ketika ini dibuka hanya untuk Muslimat. (Tanpa bantuan kerajaan)

 Pengajian  Kitab Terbuka.
Untuk semua peringkat.

 Maktab Kepimpinan Imam dan Khatib
Khusus meyediakan para bakal imam dan khatib dalam pengurusan dan kepimpinan masjid-masjid di bandar dan kampong. (Tanpa bantuan kerajaan)


Visi dan Idea

Apa yang  menarik tentang MTMI ini ialah peranan dan fungsinya yang saya rasa hebat dan belum pernah dilakukan oleh mana mana pusat pengajian Islam. MTMI bersama sokongan masyarakat Islam setempat  telah sepakat untuk menaiktarafkan madrasah ini ke tahap sebuah universiti berteraskan Syariat Islam

Madinatul ilmi itu sendiri bermakna bandar ilmu. Visi dan idea masyarakat Islam Batu Kurau ni untuk menukarkan dan menaik taraf pekan kecil Batu Kurau   menjadi sebuah bandar ilmu memang mengkagumkan dan patut disokong oleh semua masyarakt Islam.  MTMI ini bakal menyediakan peluang pengajian Islam dan juga Kemahiran kepada semua golongan masyarakat. Bahkan MTMI ini juga bakal menyediakan sijil kelulusan dari peringkat Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana hingga ke Phd. Hebat bukan??.
.

Bimbang sijil tak laku?? Jangan Takut. MTMI ini akan berdaftar dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan pelajar lulusan MTMI ini layak untuk berkhidmat untuk semua sektor pekerjaan.

Pendek kata, Insyaallah kelak melalui MTMI ini semua tahap golongan masyarakat Islam berpeluang mendalami ilmu Islam disamping memiliki kemahiran..unuk kebaikan duni awi dan ukhrawi.


Inilah visi dan hasrat mulia masyarakat Islam di Batu Kurau  ini. Meskipun kebanyakannya hanya terdiri daripada golongan petani serta berpendidikan rendah dan sederhana namun ketinggian iltizam dan semangat  mereka untuk melihat kemajuan masyarakat Islam di sini dari segi duniawi dan ukhrawi harus disokong serta dicontohi. Semoga segala usaha mereka ini akan dipermudahkan dan dipandang Allah swt. Amin.